Hubungi Kami
EN BM

KUIH BUNGA PUDAK

Kuih Bunga Pudak adalah kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular di Jitra, Kedah dan juga hidangan istimewa di sana. Sajian ini dinamakan sedemikian sempena warna bunga pokok Pudak.

Bahan-bahan untuk kulit kuih ialah tepung pulut, air secukupnya dan garam halus secukup rasa. Untuk inti pula bahan-bahannya ialah kelapa parut, gula pasir, sedikit garam, perasa ros, dan pewarna kuning, merah atau hijau.

Goreng kesemua bahan untuk membuat inti dengan api sederhana hingga kering. Gaul semua bahan untuk membuat kulit kuih dan biarkan selama 30 minit. Sediakan kuali dengan api sederhana panas. Ambil satu sudu adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis kemudian kirai tepung ke dalam kuali sehingga berbentuk bulat. Masukkan inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Panaskan kuih seketika kemudian angkat. Ulangi langkah tersebut hingga adunan habis.

JKKN KEDAH

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768