Hubungi Kami
EN BM

KUIH PENERAM

Kuih Peneram juga dikenali sebagai Kuih Peniaram di pantai timur Semenanjung Malaysia. Diperbuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula pasir, gula melaka, minyak masak, garam dan air secukupnya, kuih ini adalah makanan tradisional masyarakat Melayu khususnya di daerah Kota Setar, Kedah dan kawasan-kawasan lain amnya .

Ayak bersama kedua-dua jenis tepung kemudian masukkan gula pasir dan gaulkan. Larutkan gula Melaka dan garam dengan air kemudian masukkan ke dalam adunan tepung sehingga adunan menjadi doh dan biarkan selama 30 minit. Canai doh dan terap menggunakan acuan kuih ini. Goreng sehingga terapung di permukaan minyak yang menandakan bahawa kuih ini telah masak.

JKKN KEDAH

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768