Hubungi Kami
EN BM

LAKSA KEDAH

Laksa Kedah juga dikenali sebagai Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaannya ialah laksa beras, ikan kembung, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama cili dan belacan, asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum, telur rebus dan garam.

Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Bila ikan masak buang asam keping dan asingkan isi ikan serta tulangnya. Kisar tulang bersama air rebusan tadi dan tapis sehingga tiada lagi tulang kasar. Didihkan kembali air tapisan tulang dan masukkan bahan-bahan yang dikisar, isi ikan yang telah ditumbuk, asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum serta garam, dan rebus sehingga kuah agak pekat. Untuk menghidang tuangkan kuah ke dalam semangkuk laksa, dihias dengan hirisan telur rebus.

JKKN KEDAH

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768