Hubungi Kami
EN BM

BERENDOI

Kesenian Berendoi merupakan kesenian berunsur Islam yang disertai sekurang-kurangnya tiga atau empat orang yang akan berdikir atau menyanyi dengan irama berendoi dalam upacara bercukur seseorang bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya berendoi iaitu buaian yang disediakan untuk upacara ini dihias indah dan seorang kanak-kanak yang telah dicukur rambutnya akan diletakkan di dalam endoi ini. Selepas itu, bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang mengandungi nasihat, semangat dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada bayi yang sedang diendoi itu. Setiap lagu hanya empat rangkap, berbentuk syair seperti berikut

Kami mula dengan Bismillah,
Menyebut kedua Alhamdulillah,
Pohon nikmat kepada Allah,
Mendapat syafaat Rasulullah.


Kesenian yang murni ini berkembang pesat di negeri Perlis sekitar tahun 60-an setelah tertubuhnya Persatuan Maulud dan Berendoi yang berperanan memperkembangkan kesenian Maulud, Berendoi dan Berzanji.

Tuan Haji Arof Haji Saad

Persatuan Maulud Negeri Perlis (PEMBINA),
Lot 914, Km 12,
Jalan Besar Kangar Alor Setar,
02700 Simpang Empat,Perlis.

Tel : 012-488 3984

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768