Hubungi Kami
EN BM

CHAR KUEW TIAW

Char Kuew Teow diperbuat daripada sejenis mi dipanggil kuey teow yang berbentuk leper dan kira-kira 1 sentimeter lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan sayur kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain yang sesuai ditambah mengikut citarasa setempat.

Semasa masakan ini dicipta sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular dalam kalangan mereka sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Terdapat pelbagai versi sajian ini. Antaranya, mencampurkan telur itik untuk memperkayakan rasanya atau isi ketam untuk menambahkan rasa manis dalam hidangan ini.

JKKN PULAU PINANG

Kompleks JKKN Pulau Pinang,
Kompleks Pusaka Warisan Seni,
Lot No. 2180 Jalan Rawang,
Off Jalan P.Ramlee 10460 Pulau Pinang.
Tel : 04 281 7791 Fax : 04 281 7781

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768