Hubungi Kami
EN BM

GENDANG PANJANG

Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau orang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak sejak lebih 30 tahun lalu dan terus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Siam setempat. Muzik Gendang Panjang ini sering dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perarakan pengantin, perarakan pembesar-pembesar, acara keagamaan dan lain-lain. Lagu-lagu yang dimainkan terdiri daripada lagu Loy Khratong, Rambong, Caca dan Lagu Gendang Panjang. Dalam acara perarakan menyambut pembesar-pembesar, lagu-lagu Loy Khratong dan Rambong sering dimainkan manakala di majlis perarakan perkahiwnan lagu-lagu pilihan ialah Caca dan Lagu Gendang Panjang.

Kumpulan Kesenian Siam

Kumpulan Kesenian Siam,
K.24, Kampung Tasek,
33100 Pengkalan Hulu.
Tel : 019-368 7860 (Encik Prawat a/l Din Cheeron)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768