Hubungi Kami
EN BM

GENDANG SILAT

Lazimnya paluan gendang silat dimainkan bagi mengiringi persembahan silat terutamanya silat seni. Muzik ini berperanan menaikkan semangat pesilat dan akan bersilat dengan penuh yakin dan mengasyikkan mengikut rentak paluan gendang dan tiupan serunai. Pergendangan silat ini bukan sekadar mengiringi sesuatu persembahan silat malah turut berperanan dalam acara menyambut ketibaan tetamu dan acara-acara perarakan serta memeriahkan majlis perkahwinan dengan mengiringi persembahan silat pulut. Bagi menyambut ketibaan tetamu utama umpamanya sultan, lagu yang dimainkan ialah Layang Mas. Muzik pergendangan silat ini boleh dipelbagaikan sama ada dalam paluan rentak lagu tradisional, lagu Arab, lagu moden dan juga dangdut.

Persatuan Silat Gayung Kuntau Jawa dan Tomoi Daerah Hulu Perak
Persatuan Silat Gayung Kuntau Jawa dan Tomoi
Daerah Hulu Perak,
No. 1, Kampung Tanjung Sejarah, Tanjung Rambai,
33300 Gerik.
Tel : 019-521 0109 (Encik Omar Fadilah)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768