Hubungi Kami
EN BM

URUMI MELAM

Pergendangan India mula berkembang di Perlis sejak tahun 1987 yang dipelopori oleh rakyat Perlis sendiri yang berbangsa India. Pergendangan India atau lebih dikenali dengan panggilan Urumi Melam yang bermaksud 'Gendang Urumi' ini mempunyai beberapa peralatan utama yang sering digunakan iaitu gendang besar yang diberi nama 'Tuel' dan gendang kecil yang diberi nama 'Urete Kadai'. Serunai yang dipanggil 'Nadasorom' juga menjadi salah satu instrumen tambahan dalam persembahan Urumi Melam ini bagi menghasilkan variasi muzik yang menarik. Kebiasaannya Urumi Melam ini sering dipersembahkan di kuil untuk tujuan upacara keagamaan kepada tuhan-tuhan Hindu dan semasa upacara menjunjung kavadi. Selain itu, ia dipersembahkan di majlis adat perkahwinan dan meraikan sesuatu sambutan atau temasya. Kebiasaannya pemain Urumi Melam ini mestilah tidak kurang daripada lima orang kerana ia memerlukan pukulan gendang yang mantap dan bunyi yang kuat hasil gabungan lebih lima orang tersebut. Terdapat empat cabang lagu dan irama dalam Urumi Melam ini iaitu Muniswaran, Murugan, Mariyamen, Matureveran.

Encik Nalamuthumari a/l Raman

Kumpulan Muniswara
Batu 1/2, Jalan Pauh,
Arau, Perlis.
Tel : 012-4551641

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768