Hubungi Kami
EN BM

SEWANG

Sewang pada asalnya bukanlah sebuah tarian tetapi merupakan satu upacara perubatan yang diamalkan oleh masyarakat orang asli. Kini Sewang telah diadaptasi daripada upacara perubatan kepada persembahan tarian.

Tarian Sewang dipercayai telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu. Kesenian ini menggabungkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Tarian ini mengisahkan tentang pemujaan roh nenek moyang serta dikaitkan dengan penerokaan sesebuah kawasan yang hendak dijadikan kawasan pertanian. Tarian Sewang diiringi dengan alatan muzik centong yang diperbuat daripada buluh dan kayu. Dalam persembahan yang berunsur ritual ini, penari-penari akan membawa dua ikat daun kuang sebagai prop. Kebiasaannya penari-penari menggunakan daun serbok dan bunga hutan sebagai hiasan. Penari-penari akan bergerak dalam satu bulatan besar sambil menyanyi diselang-seli dengan seorang penyanyi solo di tengah bulatan tersebut.  Kesenian ini biasanya dipersembahkan di upacara beradat dalam kelompok orang asli itu sendiri dan juga majlis-majlis keramaian lainnya


Kumpulan Sewang Pasukan Gerakan Am (PGA)

Kumpulan Sewang Bah Luj,
No. 5, Kampung Orang Asli Bukit Terang,
Padang Tembak,
31900 Kampar.
Tel : 05-465 2225 (Encik Bag Kang Anak Bah Mat)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768