Hubungi Kami
EN BM

DENDANG SITI FATIMAH

Dendang Siti Fatimah merupakan syair yang dipercayai berasal dari Tanah Arab dan bermula semenjak zaman Rasulullah SAW. Syair ini dilagukan oleh sembilan Bidadari untuk anakanda-anakanda Rasulullah saw. Nyanyian ini diteruskan oleh Saiyidatina Fatimah untuk menidurkan anakandanya Saidina Hassan dan Saidina Hussin yang kemudiannya dikenali sebagai Syair Siti Fatimah. Seni kata asalnya dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun syair-syair yang didendangkan di negeri ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan telah diubah suai mengikut suasana setempat. Syair ini membawa senikata yang memuji junjungan Nabi Muhammad SAW menceritakan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung dan melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Selain itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutama tidak melupakan jasa kedua ibu dan bapa.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768