Hubungi Kami
EN BM

KOMPANG

Dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan lirik lagu yang dimainkan dalam bahasa Arab, seperti memuji Rasulullah SAW. Permainan kompang dibawa masuk oleh pedagang Arab yang datang berdagang di Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan seterusnya berkembang hingga kini. Bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara seperti nyanyian solo atau berkumpulan (nasyid, marhaban). Mengarak pengantin, berkhatam Quran dan upacara rasmi melibatkan tetamu-tetamu kehormat. Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768