Hubungi Kami
EN BM

REBANA PERAK

Rebana berasal daripada dua perkataan Arab iaitu 'rab' bermakna pukulan dan 'na' bermakna kami. Justeru rebana membawa maksud 'pukulan kami '. Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah dan diikuti dengan penyelang dan penalu. Kebiasaannya ahli sesebuah kumpulan Rebana terdiri daripada 15 hingga 20 orang. Terdapat beberapa jenis rentak paluan dan yang paling popular ialah Sariful Annam dan Kinchat. Manakala lagunya dipetik dari surah Berzanji dan sering juga dinyanyikan dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau upacara. Rebana Perak sering dimainkan di majlis perkahwinan, majlis berkhatan, bertindik, acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga acara-acara perarakan. Keunikan paluan Rebana Perak ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan di mana dua atau lebih kumpulan Rebana daripada pihak tuan rumah dan pihak mempelai berlawan memalu Rebana sehinggalah salah satu pihak berhenti barulah pertembungan paluan ini tamat

Penggiat Rebana Senandung Malam

Penggiat Rebana Senandung Malam
No. 322, Jalan Jelutong,
Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3,
30200 Ipoh.
Tel : 016-531 4541 (Tuan Haji Abdul Razak)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768