Hubungi Kami
EN BM

BERZANJI

Berzanji adalah satu bentuk doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad SAW yang disampaikan dalam bentuk berlagu. Berzanji menceritakan tentang riwayat Nabi Muhammad yang merangkumi salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi Rasul serta mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Rasulullah SAW. Berzanji dipersembahkan di majlis-majlis keraian dengan niat untuk mendapatkan keberkatan. Kesenian yang berunsur Islam ini sering diadakan di upacara mencukur rambut/memotong jambul bayi, acara berkhatan, naik buaian/berendoi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh ahli kumpulan dengan kalimah 'Allah'. Ahli-ahli kumpulan biasanya duduk bersila.

Kumpulan Marhaban, Dendang Siti Fatimah, Berzanji

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak
Kompleks JKKN Perak,
Lot. 20561 @ 20565,
Jalan Cardwell off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak.
Tel : 05-253 7001

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768