Hubungi Kami
EN BM

HADRAH

Hadrah merupakan salah satu kesenian yang popular di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di negeri Perak kesenian ini dibawa oleh penggiat seni dari Kedah, Tok Che Mat dan Mat Ali pada tahun 1949 ke Selama, Perak. Kesenian Hadrah sememangnya berasal dari Tanah Arab dan corak-corak persembahan Hadrah di Malaysia telah diubah suai mengikut budaya masyarakat Melayu. Kesenian Hadrah mengandungi elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian. Persembahan kesenian Hadrah di Selama, Perak bergantung kepada 12 gubahan lagu yang diiringi dengan paluan rebana pelbagai saiz serta paluan gong. Manakala tarian Hadrah yang dipersembahkan mempunyai berbagai-bagai ragam tari bergantung kepada lagu-lagu yang dialunkan. Kesenian Hadrah ini sering dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan, majlis rasmi kerajaan dan sambutan ketibaan pembesar-pembesar.

Kumpulan Hadrah Seri Cahaya Bulan

Kumpulan Hadrah Seri Cahaya Bulan,
268, Kampung Gua Petai,
34100 Selama, Perak.
Tel : 019-4625501 (En. Abdul Rahman Bin Mat Akib)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768