Hubungi Kami
EN BM

GENDANG PANJANG SIAM

Gendang Panjang Siam atau lebih sinonim dengan panggilan Theut Theung atau Klong Yao amat popular dikalangan masyarakat Siam. Gendang panjang ini menggambarkan identiti seni budaya masyarakat Siam dalam semua aspek persembahan yang diketengahkan sama ada dalam tradisi seni muzik, seni tari, seni lakon dramatari klasik malah dalam upacara dan perayaan yang lain. Persembahan gendang panjang ini dimainkan oleh golongan lelaki dengan memalu gendang yang mempunyai satu muka paluan sahaja dan gendang ini akan digantung di badan mereka dengan menggunakan tali untuk bebas bergerak ketika mengadakan persembahan. Persembahan ini memerlukan ramai pemalu gendang supaya bunyi yang dihasilkan mantap dan bertingkah. Selain gendang panjang, persembahan ini akan diikuti dengan alunan muzik yang lain dengan menggunakan alat muzik seperti Ching, Chap, Grap dan Mong.

Encik Pin A/L Endin Klap

Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis
No. 63, Lorong Satu,
RPA Chuping,
02500 Bukit Keteri, Perlis
Tel : 012-4942 639

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768