Hubungi Kami
EN BM

KEBEBE

Kebebe adalah makanan tradisional popular bagi masyarakat Melayu di Lenggong, Perak yang berasal daripada keturunan Patani di selatan Thai. Masakan ini sering disajikan kepada tetamu semasa acara gotong royong atau sebelum majlis perkahwinan.

Bahan-bahan ramuan adalah buah nenas, belimbing buluh, jantung pisang dan putik nangka. Lesung kayu tradisional digunakan sebagai acuan. Ini dipercayai dapat mengekalkan keaslian dan rasa sebenar kebebe. Kesemua bahan tumbuhan asli termasuk bahan-bahan pengawet seperti garam, gula dan belacan dimasukkan ke dalam acuan tersebut satu-persatu mengikut turutan tertentu.

Penyediaan sajian ini perlu mengikut pantang larang, dimulakan dengan pembacaan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., dan juga harus lengkap dengan proses pembuatannya sehingga siap untuk dihidangkan. Sekiranya pantang larang ini dilanggar, tidak dipatuhi atau memberhentikan penyediaan kulinari ini pada pertengahan proses terutama dalam majlis-majlis tertentu, ianya dipercayai akan membawa petanda buruk seperti rombongan meminang akan berpatah balik, misalnya.

JKKN PERAK

Kompleks JKKN Perak,
Lot [email protected],
Jalan Carlwell, Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh Perak Darul RIidzuan.
Tel : 05-253 7001 Fax : 05-241 7017

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768