Hubungi Kami
EN BM

LAKSA SARANG BURUNG

Laksa Sarang Burung adalah sajian tradisi yang terkenal di Bandar Botani, Ipoh, Perak. Masakan ini tidak banyak beza dengan laksa dari negeri lain, namun yang uniknya ialah terdapat seperti 'sarang' yang dibuat daripada telur goreng di letak di atas laksa.

Bahan-bahan untuk membuat 'sarang' ini ialah ialah telur, tepung jagung dan garam. Bahan utama kuah laksa ialah isi ikan, asam keping, bawang besar, bawang kecil, belacan, cili giling, daun kesum, bunga kantan, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Limau kasturi, cili api, timun dan salad dimasukkan kemudian untuk menambah keenakan sajian ini.

JKKN PERAK

Kompleks JKKN Perak,
Lot [email protected],
Jalan Carlwell, Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh Perak Darul RIidzuan.
Tel : 05-253 7001 Fax : 05-241 7017

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768