Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Kakitangan kerajaan menerima berita gembira hari ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada mereka.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran itu dibuat bagi menghargai kesetiaan kakitangan awam yang sentiasa setia menggalas amanah negara.
Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
RM350 juga akan dibayar kepada pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat pada April ini.
Selain itu, bantuan khas sebanyak“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara. katanya.
“Ke arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023.
Hampir setiap tahun kakitangan awam akan menerima berita gembira pada pembentangan belanjawan negara. Diharapkan bantuan kewangan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penjawat awam yang terlibat.
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more