Bantuan awal persekolahan BAP merupakan bantuan RM150 yang akan diberikan terus kepada murid oleh pihak sekolah masing-masing.
BAP diberikan adalah bertujuan bagi meringakan beban perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah dimana beban tersrbut ditangung oleh ibu bapa atau penjaga di awal tahun amnya.
Pembayaran secara one-off sebanyak RM150 disalurlan kepada semua murid bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 untuk sesi persekolahan 2023/2024 tanpa ada apa-apa syarat had pendapatan ibu bapa.
Cara Tuntut BAP 2023
Pembayaran wang bantuan awal persekolahan akan disalurkan menerusi Kumpulan wang kerajaan sekolah dimana pihak sekolah akan membuat pengagihan wang tersebut.
Cara untuk murid-murid tuntut adalah dengan pihak sekolah akan membuat bayaran secara agihan tunai kepada murid atau akan diberikan secara masuk terus ke bank iaitu kredit ke akaun bank
Tarikh Bayaran BAP Diberi
Bila bayaran bap akan disalurkan kepada murid adalah berdasarkan tarikh yang diberikan oleh pihak sekolah masing-masing namun tarikh BAP dikreditkan ke akaun sekolah adalah seawal tarikh 12 Januari 2023 dimana pihak sekolah harus membuat agihan terus kepada murid sejurus bantuan diterima.
Syarat Murid Layak Dapat BAP
- Murid Warganegara Malaysia
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya 2023/24
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persedirian yang Berdaftar Dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
Harus diingatkan murid akan mendapat bantuan RM150, sekiranya tidak cukup boleh ajukan kepada sekolah masing-masing.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami
Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.