➭ Ditulis Oleh : 
admin
➭ Kategori :

[TERKINI] Bantuan KWSP RM500 Untuk 2 Juta Ahli - Baca Sini!!

Dikeluarkan Pada : 
February 24, 2023

Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara yang diharapkan sebahagian rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat perkara itu sebagai hanya penyelesaian jangka masa pendek, selain bakal memberi kesan kepada wang persaraan mereka yang terlibat.

Menurut Anwar dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kira-kira 71 peratus pencarum aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara di atas paras kemiskinan negara.

Peratusan yang tinggi itu dipercayai akibat empat pengeluaran khas KWSP ketika pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini.

Syarat Dapat Bantuan KWSP

Peka dengan situasi tersebut, kerajaan mengumumkan bantuan caruman kepada ahli yang 71 peratus pencarum aktif berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10 ribu di dalam Akaun 1 mereka.

Jumlah Bantuan KWSP

Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman sebanyak RM500! Ia akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Setakat ini, tiada syarat khusus yang ditetapkan kepada pencarum yang layak. Namun, maklumat lanjut akan dikemaskini oleh KWSP menerusi laman sesawang mereka dalam tempoh terdekat.

Sebarang makluman berkaitan akan diberitahu kelak menerusi laman MOF atau KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.


April 6, 2023
[TERKINI] STR Belum Masuk? Semak Disini Dulu

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more

Read More
March 4, 2023
[TERKINI] Jumlah Dividen KWSP 2022 Untuk Pencarum

Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more

Read More
March 2, 2023
[RASMI] KEMASKINI & Pendafataran Baru STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more

Read More
™Trademark ©Copyright 2023 All rights reserved
Privacy Policy | Terms & Conditions | Cookies ConsentContact Us
Disclaimer: Legal information is not legal advice, read the disclaimer.