Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Bagi memastikan semua lapisan masyarakat menikmati inisiatif kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan kepada penunggang motosikal, teksi, bas, dan perkhidmatan e-hailing.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas, dan e-hailing.
Tujuan pelaksanaannya adalah bagi memastikan usahawan mikro dan golongan belia dapat terus mengembangkan perniagaan dalam bidang masing-masing.
Difahamkan, pengumuman secara rasmi bantuan tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Diharap inisatif itu dapat dimanfaatkan dengan baik oleh golongan sasar.
Berikut kami senaraikan kadar bayaran yang diguna pakai sekarang bagi pengambilan lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing di institut memandu seluruh negara sebagai rujukan.
B2 motosikal : RM350 - RM450
E-hailing : RM70 - RM200
Teksi : RM450
Lesen bas : RM1,000 - RM1,200
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more