Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Berita baik untuk penduduk Selangor yang memenuhi syarat kelayakan. Kerajaan Selangor dalam belanjawan 2023 lepas telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Bingkas merupakan bantuan Bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dimana setiap bulan ada dkreditlan kepada pengguna yang layak untuk membeli barang keperluan harian. Info dari laman sesawang bingkas, bantuan ini disalurkan kepada 30000 keluarga penduduk Selangor dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu ini.
Umumnya bantuan ini kalau dilihat dari senarai barang dibawah, ianya lebih tertumpu kepada "keperluan barang dapur" akan tetapi barangan seperti lampin bayi/dewasa, susu, barangan persekolahan, dan buku-buku akademik turut boleh diguna pada ewallet ini.
Syarat utama bagi ands yang ingin membuat permohonan bingkas adalah anda mesti Warganegara Malaysia, Lahir di Selangor atau dah Menetap di Selangor melebihi 10 tahun, Keluarga anda ada tanggungan dengan usia bawah 18 tahun, dan pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Untuk membuat pedaftaran anda perlu semak syarat serta dokumen yang diperlukan terlebuh dahulu di sini, kemudian anda boleh ke Laman Daftar BINGKAS untuk membuat pendaftaran secara online.
Menurut laman rasmi, setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan pihak Selcare, jika permohonan anda berjaya, anda akan dimaklumkan menerusi email. Pastikan juga email yang anda masukkan itu adalah email hariam yang sentiasa anda boleh akses dan buka.
5 Manfaat yang ada pada bantuan kehidupan sejahtera Selangor ini. Antaranya ewallet yanh disediakan boleh digunakan pada kedai yang berdaftar rujuk sini, urusan tanpa tunai (cashless), had pembelian Rm300, akan ditambah setiap bulan secara automatik, Baki tidak akan dibawa ke bulan hadapan bermakna anda perlu habiskan baki yamg ada pada bulan yang sama.
Official Source: Bingkas Selangor
Juga diingatkan jika anda perlukan ""Update Terkini" berkaitan Bantuan 2023, anda boleh terus join grup wasap "Info Bantuan Malaysia" untuk kami salurkan berita sahih dan terkini untuk anda.
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more
Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more