Baju Melayu Cekak Musang Dan Seluar Pak Sekarap

Baju Melayu Cekak Musang merupakan baju yang mempunyai kolar yang tinggi berkancing lima manakala seluar Pak Sekarap pula merupakan seluar berpotongan longgar agar selesa bila berhadapan dengan musuh di luar dugaan.

Sumber Gambar : jkkn.gov.my

Tambahan diluarnya digayakan bersama sampin yang diikat pada sarung keris yang luarnya disusun lipat seperti Ombak Beralun. Pada hiasan kepala pula dikenakan dengan Tanjak Helang Menyosong Angin bersama dokoh sebagai penghias dada dan keris di pinggang.

Kain yang digunakan untuk membuat pakaian ini adalah dari kain kapas atau kain tenun Pahang mengikut status si pemakainya.

Namun kini, baju melayu cekak musang digayakan bersama seluar melayu yang sama sehingga kini. Sebagai contoh busana yang digayakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dibawah.

Sumber Asal :

jkkn.gov.my

Terompah Gergasi

Nama Terompah Gergasi wujud apabila sekeping papan dibentuk seperti terompah dalam saiz yang besar. Oleh kerana terompah gergasi ini boleh dipakai oleh ramai pemain menyebabkan namanya dikenali sebagai sedemikian.

Terompah Gergasi
Saiz & Rupa

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Bilangan kumpulan hendaklah menyamai jumlah terompah yang ada. Pemain di hadapan hendaklah memberi isyarat kepada pemain di bahagian belakang supaya bergerak secara serentak bagi mengelak masalah seperti terjatuh dan sebagainya. Tangan setiap pemain memegang pinggang pemain di hadapan. Pasukan yang pertama sampai dahulu di garisan penamat dikira pemenang. Mata dikira batal sekiranya terdapat pemain yang tercicir atau terjatuh dari kumpulan walaupun pasukan tersebut telah berada di garisan penamat.

Laporan Ringkas dari Hawa Rizwana

Sumber asal :

• Jkkn.gov.my

• Buletin TV3