Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GENDANG PERLIS

Gendang Perlis, yang selalunya dipersembahkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau majlis-majlis keramaian, sebenarnya adalah untuk persembahan gendang silat ketika Temasya Laga Kerbau dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syaffi (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943). Pada masa itu temasya ini adalah suatu unsur hiburan rakyat dan istana. Sekeliling gelanggang laga kerbau dibina pagar yang kukuh supaya kerbau yang sedang berlaga itu tidak merempuh orang ramai. Tempat pemukul gendang lazimnya di buat ‘ran’ atau ‘hang’ di atas pokok. Gendang Perlis tidak menggunakan serunai. Dua orang pemukul gendang masing-masing memukul ‘gendang ibu’ dan ‘gendang penganak’ menggunakan kayu yang bentuknya melengkung. Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat. Apabila temasya laga kerbau diharamkan maka Gendang Perlis tidak lagi dipersembahkan. Namun, kesenian ini dihidupkan kembali dengan fungsinya yang berbeza. Kini, Gendang Perlis dipalu tidak lagi untuk berlaga kerbau tetapi mengiringi dua orang pesilat yang bersilat dengan berjenaka.


Ibrahim Mat Saman

Felda Rimba Mas,
02100 Padang Besar Utara, Perlis,

Tel : 019-5222 086

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768