Kompang Jawa (dikenali juga dengan nama Kompang Tiga) adalah salah satu muzik tradisi masyarakat Melayu berketurunan Jawa, yang berasaskan paluan kompang. Terdapat perbezaan antara kompang ini dengan kompang lain daripada aspek alatan, paluan dan lagu. Asalnya kompang ini wujud pada zaman Wali Sembilan di Pulau Jawa, yang berfungsi sebagai salah satu cara berdakwah untuk menarik minat masyarakat dalam agama Islam. Muzik ini telah dibawa oleh pedagang dari Kepulauan Jawa ke negeri Selangor pada awal tahun 1900. Ia dimainkan di masjid, surau, majlis-majlis keramaian seperti khatam quran, berkhatan, perkahwinan, hari kebesaran serta pesta-pesta yang diadakan secara besar-besaran. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah seperti Assolatu, Bissarri, Ya-Solatun dan Sailillah yang liriknya terdapat di dalam Kitab Berzanji.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791