Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ALU BUNYI

Alu Bunyi adalah persembahan kesenian yang kedua tertua di negeri Perlis. Mengikut sejarah, kesenian ini berasal daripada pengembara Indo-China. Untuk sampai ke Tanah Melayu mereka menggunakan perahu yang belayar dekat dengan pantai, dan mereka tinggal di kampung-kampung. Mereka menanam padi dan memainkan Alu Bunyi sebagai hiburan semasa waktu senggang. Ini kemudiannya menarik minat pesawah-pesawah Melayu untuk mempelajarinya. Kesenian ini popular dan berasal dalam kalangan pesawah-pesawah padi. Mereka menggunakan peralatan pertanian untuk menghasilkan bunyi yang unik dan menghiburkan. Salah satunya ialah lesung dan alu yang digunakan untuk menumbuk padi. Pukulan alu ke atas lesung menghasilkan rentak seakan sama dengan rentak daripada alat muzik gamelan. Lesung dan alu biasanya diperbuat daripada kayu tui, jawi atau retak duri. Sebuah kumpulan Alu Bunyi mempunyai seramai 12 orang ahli. Mereka terlatih dan mahir memainkan peralatan muzik. Mereka mengetuk bahagian tengah dan tepi lesung menggunakan alu sambil diiringi alunan bunyi serunai dan ini menghasilkan irama yang harmoni. Alu Bunyi kerapkali dipersembahkan semasa musim menuai dan semasa pesta menuai. Pelbagai aktiviti lain turut diadakan semasa pesta seperti membuat emping dan ringgi. Menurut kepercayaan sesetengah pihak, selain daripada hiburan pesta ini juga adalah sebagai satu cara memuja semangat padi supaya datang ke kampung pesawah dan tinggal di jelapang. Dipercayai juga bahawa semangat padi ini akan menghalang perosak padi seperti tikus dan burung daripada merosakkan tanaman pesawah.



Encik Mahmud Hashim

Simpang 3,
Kampung Baru Syed Omar,
01000 Kangar,
Perlis
Tel : 012-468 7728

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768