Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

AMBUYAT

Ambuyat, atau dipanggl juga Linut, adalah makanan berkanji berwarna putih dan teksturnya seperti gam, asalnya tepung sagu rumbia daripada bahagian batang pohon rumbia dipanggil ‘Ampulung’. Makanan tradisi ini sangat terkenal dalam kalangan suku kaum Bisaya, Bajau, Kadazandusun dan Murut.


Tepung sagu dicampur dengan air dan mendapkan selama 10 minit. Selepas itu buang airnya dan bancuh tepung sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau dan masak sehingga tepung sagu bertukar jernih dan likat menandakan sagu itu telah masak.


Cara alternatif ialah tepung sagu dicampur dengan air panas yang baru mendidih di dalam periuk dengan api yang sederhana sehingga menjadi jernih dan likat.


Ambuyat dimakan dengan garpu buluh atau penyepit yang dipanggil ‘candas’ dengan menggolekkan mata garfu ke Ambuyat kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Lebih sesuai dimakan semasa masih panas serta dicicah dengan pelbagai jenis kuah sebagai sos seperti kuah ikan rebus, atau kuah ikan ampap.

 

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768