Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BERUNAI ADAT PERTUNANGAN

PENGENALAN

Bagi masyarakat kaum Berunai di Labuan, lawatan ke rumah pihak perempuan untuk urusan pertunangan biasanya dilakukan berkali-kali, bermula oleh pihak lelaki untuk melamar. Jawapan tidak diperoleh pada hari yang sama. Setelah jawapan akhirnya diketahui, pihak lelaki pergi sekali lagi ke rumah pihak perempuan dengan rombongan untuk urusan tentang tanda pertunangan.

PERTUNANGAN

Sebentuk cincin emas dibawa sebagai pembuka mulut, juga menandakan permulaan pertunangan dengan bayaran antara RM100 -RM150. Kedua-dua pihak kemudian menetapkan mas kahwin yang dipanggil berian dalam bentuk wang, dan juga barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini.

SEPENGADAK KAIN TERUNA

Sepengadak Kain Teruna terdiri daripada baju Melayu dan songkok yang akan disertakan bersama hantaran berian dan dikembalikan kepada pihak lelaki semasa upacara akad nikah. Kain ini tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Pihak lelaki membawa tanda pertunangan ke kediaman pihak perempuan dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Bakal pengantin lelaki juga boleh memberikan cenderamata yang lain kepada bakal pengantin perempuan.

Dalam tempoh bertunang lelaki tersebut hendaklah memberi belanja hangus kepada tunangnya untuk perbelanjaan perkahwinan kelak. Seandainya berlaku langkah dulang (yakni perempuan yang hendak dikahwini mempunyai kakak atau kakak-kakak yang belum berkahwin), atau langkah sungai (yakni kedua-dua bakal pengantin bukan daripada suku kaum yang sama), maka pihak lelaki dikehendaki membuat bayaran kepada keluarga pihak perempuan dalam amaun yang ditetapkan oleh mereka.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768