Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAU

Wau dipercayai dicipta oleh seseorang yang bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji. Wau dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi. Pada asalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara, sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah serta menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain. Permainan ini terkenal di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Antara jenis-jenis wau yang dihasilkan ialah wau bulan, wau burung, wau merak, wau kucing dan wau ikan.  Peralatan untuk membuat wau ialah buluh, pisau, kertas, pensil, gunting, gam dan tali. Pembuatan wau adalah sangat unik berbanding permainan lain kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Sebelum diterbangkan wau perlu dipastikan diimbangkan agar tidak berat sebelah. Faktor angin memainkan peranan penting bila menerbangkannya.

JKKN JOHOR

JKKN JOHOR,
JKKN NEGERI SEMBILAN,
JKKN SELANGOR,
JKKN KELANTAN & JKKN TERENGGANU

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768