Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

LOMPAT GETAH

Permainan ini dimainkan di kawasan laman rumah dan digemari oleh kanak-kanak perempuan serta memerlukan tiga hingga lima orang pemain. Peralatan utama ialah gelang getah yang diikat sambung bagi membuat jalinan untuk membentuk rantaian yang panjang. Secara logiknya permainan ini dapat melatih kemahiran melompat dan cara melompat serta mengkoordinasi masa. Pemain yang melakukan lompatan digelar pemain utama manakala pemain kedua dan ketiga masing-masing ditugaskan untuk memegang kedua-dua bahagian hujung rantaian gelang getah tersebut. Pemain-pemain kedua dan ketiga mesti memijak hujung rantaian gelang getah manakala pemain utama melompat melepasi rantaian tersebut bermula pada aras tanah. Selepas itu aras rantaian getah akan sentiasa dinaikkan hingga ke paras lutut, pinggang, bahu dan yang terakhir satu jengkal dari aras kepala. Pemain yang berjaya melepasi kesemua aras tersebut dikira pemenang.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768