Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

PERGENDANGAN CINA

Alat muzik utama dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang ‘shigu’, iaitu gendang tarian singa, dan ada juga menggunakan gendang ‘longgu’. Gendang diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Kedua-dua gendang besar ini hampir sama dan berbentuk seperti tong. Gendang ini mempunyai satu muka menggunakan kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas, yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Muka kulit ini dipukul menggunakan dua pemukul kayu. Di dalam gendang terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Terdapat juga penggunaan alatan tambahan bagi memvariasikan muzik pergendangan ini seperti dram, gong dan simbal. Persembahan gendang ini biasanya dalam upacara keagamaan di tokong, menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau ‘ong’ dan sambutan-sambutan yang lain.


Badan Kebajikan Penduduk-Penduduk Kediaman Cina Dan Siam (The Welfare Body for Residences of Chinese and Siamese)

No. 512, Taman Mutiara,
Pengkalan Asam,
Behor Temak, 01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 019-4611 988 (Low Tai Pong)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768