Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BERENDOI

Berendoi adalah kesenian berunsur Islam yang disertai sekurang-kurangnya empat orang yang berdikir atau menyanyi dalam upacara ‘bercukur’ bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya endoi iaitu buaian untuk upacara ini dihias indah dan bayi yang telah dicukur rambutnya diletakkan di dalamnya. Selepas itu bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang mengandungi nasihat, semangat dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada bayi yang sedang diendoi itu. Setiap lagu hanya empat rangkap, berbentuk syair seperti berikut;


Kami mula dengan Bismillah,

Menyebut kedua Alhamdulillah,

Pohon nikmat kepada Allah,

Mendapat syafaat Rasulullah.


Kesenian yang murni ini berkembang pesat di negeri Perlis sekitar tahun 1960an setelah tertubuhnya Persatuan Maulud dan Berendoi yang berperanan memperkembangkan kesenian Maulud, Berendoi, dan Berzanji.


Persatuan Maulud Negeri Perlis (PEMBINA)

Lot 914, Km 12,
Jalan Besar Kangar Alor Setar,
02700 Simpang Empat,Perlis.

Tel : 012-488 3984 (Tuan Haji Arof Haji Saad)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768