Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

URUMI MELAM

Pergendangan India, atau lebih dikenali dengan panggilan Urumi Melam yang bermaksud ‘Gendang Urumi’, mula berkembang di negeri Perlis sejak tahun 1987 dipelopori oleh rakyat kaum India negeri berkenaan. Pergendangan ini mempunyai beberapa peralatan utama iaitu gendang besar (‘Tuel’) dan gendang kecil (‘Urete Kadai’). Serunai (‘Nadasorom’) juga adalah salah satu alatan tambahan bagi menghasilkan variasi muzik yang menarik. Jumlah pemuzik mestilah sekurang-kurangnya lima orang kerana memerlukan pukulan gendang yang mantap dan bunyi yang kuat hasil gabungan tenaga mereka. Terdapat empat cabang lagu dan irama dalam muzik ini iaitu ‘Muniswaran’, ‘Murugan’, ‘Mariyamen’, dan ‘Matureveran’. Kebiasaannya muzik ini sering dipersembahkan di kuil untuk upacara keagamaan dan semasa upacara menjunjung ‘kavadi’. Ia juga dipersembahkan di majlis perkahwinan dan meraikan sesuatu sambutan atau temasya.


Kumpulan Muniswara

Batu 1/2, Jalan Pauh,
Arau, Perlis.
Tel : 012-4551641(Nalamuthumari a/l Raman)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768