Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GENDANG PANJANG SIAM

Gendang Panjang Siam atau lebih sinonim dengan panggilan Theut Theung atau Klong Yao amat popular dalam kalangan masyarakat Siam. Gendang ini menggambarkan identiti seni budaya masyarakat Siam dalam semua aspek persembahan tradisi seni muzik, seni tari, seni lakon dramatari klasik, malah dalam upacara dan perayaan. Gendang ini dimainkan oleh golongan lelaki dengan memalu gendang yang mempunyai satu muka paluan sahaja. Gendang digantung di bahu mereka menggunakan tali supaya bebas bergerak ketika membuat persembahan. Persembahan ini memerlukan ramai pemalu gendang supaya bunyi yang dihasilkan mantap dan bertingkah. Persembahan ini juga diiringi alunan muzik yang lain menggunakan alat muzik seperti ‘Ching’, ‘Chap’, ‘Grap’ dan ‘Mong’.


Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis

No. 63, Lorong Satu,
RPA Chuping,
02500 Bukit Keteri, Perlis
Tel : 012-4942 639 (Pin A/L Endin Klap)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768