Kentrong dibawah oleh pedagang dari Indonesia ke Tanah Melayu dan mula berkembang di Malaysia terutamanya di Selangor dan Johor. Muzik Kentrong sering dimainkan dalam majlis perkahwinan pada waktu malam sehingga subuh. Bilangan minima anggota semasa persembahan adalah tujuh orang. Alat muzik terdiri daripada peralatan gendang yakni jidor, kempor, gendang, kempol, kempeleng, dan ecek-ecek. Bahasa Jawa digunakan dalam persembahan namun Bahasa Melayu digunakan sekiranya ada permintaan. Persembahan Kentrong membawa lagu yang berbentuk moden seperti lagu versi nasyid ditukar menjadi irama Kentrong yang perlahan dan seolah-olah sedang bersyair. Namun begitu semuanya masih bergantung kepada situasi dan masa yang ada. Kini, Kentrong boleh dipersembahkan di mana-mana venu atau secara permintaan undangan asalkan bersesuaian dengan kehendak majlis tersebut. Terdapat juga pakej yang menawarkan persembahan Kentrong dalam bentuk Muzikal Kentrong, Marhaban, dan Kompang Asli iaitu “Terbangan” dalam bahasa Jawa.
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791