Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

CEMPULING

Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan dari tanah Jawa, khususnya Jawa Tengah, Indonesia. Kesenian ini menceritakan kecintaan manusia terhadap alam kehidupan, lazimnya kisah para nabi dan disesuaikan dengan rentak dan melodi.  Tempoh sesuatu lagu ialah antara lima hingga 10 minit.  Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan. Namun, kebanyakannya adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Asas alat muzik Cempuling ialah gong, kempol, kempreng, sepasang eteng-eteng dan gendang. Kesemuanya menghasilkan bunyi tersendiri. Kini, Cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden yang bertujuan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam seni warisan ini.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768