Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GORDANG SEMBILAN

Gordang Sembilan adalah salah satu cabang seni muzik yang lahir dan popular di negeri Selangor bermula pada sekitar tahun 1980-an. Lazimnya, alat ini dimainkan oleh 10 orang dengan alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang, selain alatan sampingan seperti gong, cak lempong, sesayak dan seruling. Amnya, Gordang Sembilan dimainkan dalam majlis rasmi kerajaan negeri, adat istiadat istana, dan majlis-majlis berkabung (kerana kesedihan), kesyukuran serta majlis perkahwinan. Irama dan bunyi yang berteraskan alatan muzik gendang dengan cara memukul gendang tersebut adalah suara alam semula jadi. Pada amnya setiap irama yang dihasilkan dipilih oleh para pemain sehinggalah mereka memberi isyarat untuk berhenti bermain.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768