Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

CANGGUNG

Tarian Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis yang berasal dari sebuah tarian Makyung Laut. Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di bandar Kangar. Mulai dari persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian rakyat yang masyhur. Variasi tarian canggung ada persamaan dengan tarian Ronggeng, akan tetapi ia mempunyai nilainya yang tersendiri. Keasliannya terletak pada nyanyian secara berbalas pantun dan dengan cara inilah para penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, berjenaka dan sebagainya. Penari-penari akan menari secara berpasangan dan penari-penari puteri memegang sehelai sapu tangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan dengan penari putera. Penari puteri memakai kain batik, baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting yang disanggul. Penari putera memakai baju Melayu dan bersongkok. Canggung dipersembahkan ketika musim menuai dan di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768