Perkataan ‘gamelan’ berasal daripada Bahasa Jawa yang bermaksud ‘ditabuh’ atau ‘dipukul’, kerana alat muzik ini tergolong dalam kumpulan alat yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Muzik gamelan dipersembahkan dalam, antaranya, majlis-majlis perkahwinan dan berkhatan. Kedatangan Gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan alat ini mengiringi persembahan Wayang Kulit Purwa dan tarian seperti Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu, Cakil, Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Alat muzik Gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu dan ada juga daripada besi dan buluh, serta mempunyai larasan bunyi yang tetap. Gamelan dimainkan sebagai "ensemble" dan secara berkumpulan. Muzik Gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791