Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang berunsur pemujaan dengan penari-penarinya boleh tidak sedarkan diri, amat popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Penari menggunakan pepatung kuda diperbuat daripada anyaman buluh dan tidak berkaki, hanya mempunyai badan, kepala dan ekor sahaja. Kumpulan seni ini mengandungi antara 15 hingga 20 pengkarya termasuk pemuzik. Alat-alat muzik yang digunakan ialah gong, bonang, gamelan, rebana dan gendang. Tarian ini biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Persembahan dikawal oleh seorang "ketua" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian. Setiap penari kemudian naik ke atas pepatung kuda masing-masing. Mereka yang dipimpin oleh “ketua” masuk ke dalam gelanggang apabila muzik mula bergema. Rentak muzik bermula dengan perlahan kemudian semakin rancak, manakala setiap penari menunggang dan memacu pepatung kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Penari-penari menari selama muzik dimainkan. Persembahan tamat selepas “ketua” mengarahkan rentak muzik diperlahankan dan alunan muzik diberhentikan sepenuhnya.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768