Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAYANG KULIT JAWA

Wayang Kulit adalah salah satu bentuk teater tradisional yang telah berakar umbi sejak sekian lama di Kepulauan Melayu. Bermula dengan hikayat klasik Mahabrata dan Ramayana yang terkenal, Wayang Kulit mempunyai nilai tradisi yang tersendiri dalam menjadikannya warisan zaman-berzaman. Pertunjukan Wayang Kulit dipersembahkan oleh seorang Tok Dalang dan lazimnya menceritakan kisah epik sejarah serta juga kisah budaya kawasan itu. Persembahan diiringi oleh kumpulan muzik bagi membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan oleh Tok Dalang, dan menggambarkan suasana adegan-adegan yang berlaku ketika itu. Alat-alat muzik digunakan ialah gong besar (gong Agong), gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron, peking (saron penerus), ketok/kompang, rebab dan gendang. Antara lagu yang dimainkan ialah seperti lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas dan Pandan Wangi.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot. 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel : 03-5510 2664/2791

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768