Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TERINAI

Terinai merupakan kesenian yang bertapak lama di negeri Perlis. Lazimnya ia dipersembahkan dalam keramaian istana, bersama irama serunai (lubang 7 - atas 6, lubang bawah -1), sepasang gendangnya (muka kecil dipukul dengan menggunakan sejenis rotan yang diikat dan dijalin) yang lembut dan dua biji gong - membawa roh yang tersirat di dalamnya. Terinai juga diiringi oleh paluan "Gendang Terina" dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo, Selong dan Mak Inang. Namun begitu, ianya masih dimainkan juga di majlis2 perkahwinan biasa. Tentunya irama ini mempersembahkan sekali tariannya yang lemah gemalai dan begitu mengasyikkan, bersama lilin di tangan ia sangat mengharukan. Begitulah cantiknya budaya orang Melayu, dalam lembut ada keras, dalam keras ada lembut - menjadi liat dan pepat. Antara irama yang dimainkan adalah seperti Menghadap Terinai, Ketam Bawa Anak, Dewa Raja, Inang Cik Lang dan lain-lain lagi.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis Kompleks JKKN Perlis

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768