Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

LAYANG MAS

Menurut sejarah, tarian ini dicipta ketika Raja Perlis menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam sewaktu negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam. Penghantaran ufti tersebut dilakukan dengan menaiki gajah. Ketika itulah, seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu 'Layang Mas'. Setelah pulang dari Siam, kedua-dua gembala gajah tadi mencipta pula tarian 'Layang Mas'. Tarian ini merupakan salah satu tarian dalam himpunan (repertoire) Terinai. Sebuah tarian istana yang sangat cantik yang banyak menggunakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil berpusing beberapa kali, mempunyai gerak bahu yang jelas serta pergerakan pinggul. Tarian ini menggunakan selendang panjang yang terikat dengan tali pinggang di pinggang. Selendang dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk dan sering digambarkan sebagai sayap burung. Tarian ini hanya boleh ditarikan oleh golongan wanita sahaja.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768