Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

AYAM DIDIK

Ayam Didik merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara dan dimanja-manjakan. Demikian juga unsur tarian ini iaitu tarian yang memperlihatkan kemanja-manjaan para penarinya. Tarian ini digandingkan dengan lagunya iaitu 'Ayam Didik' yang amat memikat hati dan mesra sekali didengar, diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong, gendang dan biola. 'Ayam Didik' merupakan sebuah tarian yang rancak dan menimbulkan kemesraan kepada para penari yang berpasang-pasangan. Ketika menari, para penarinya saling bergurau-senda dan cuba memikat antara satu sama lain. Seperti tarian Canggung, tarian ini juga sering berbalas-balas pantun. Pantun-pantunnya lebih memberatkan soal kasih sayang dan kemesraan. Tarian dan nyanyian 'Ayam Didik' sebenarnya sering bersama dalam persembahan Canggung, dipersembahkan ketika musim menuai padi atau di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian sebagai hiburan kepada para tetamu.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768