Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN LABI-LABI

Tarian Labi-Labi merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini asalnya daripada Endau, Rompin, Pahang yang ditarikan oleh seorang penari sambil diiringi oleh biola dan gong. Tarian komedi ini ditarikan oleh lelaki sahaja namun kini ada kaum wanita yang menarikannya untuk menambah seri lenggok tarinya. Asasnya seorang penari akan keluar dari sarangnya seperti gerak labi-labi untuk mendapatkan pisang yang dilemparkan oleh penari-penari lain. Alatan muzik lain yang digunakan ialah gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai. Walaupun popular di Rompin dan Pekan, namun tarian ini juga agak popular di Kuala Lumpur kerana adanya anak-anak seni yang berhijrah untuk menjana ekonomi keluarga. Oleh itu tarian ini berkembang secara setempat di Bukit Bintang.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, WP Kuala Lumpur

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, WP Kuala Lumpur
Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Jalan Tun H. S. Lee,
50000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2072 6431/6779

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768