Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Terdapat banyak tarian Melayu; dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu. Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama, tetapi sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tarian Istana, Dramatari, Tarian Moden dan Tarian Rakyat. Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari ditubuhkan pada April 2009. Tujuan kelab ini ditubuhkan untuk mendidik anak-anak PPR Raya Permai dan memperkembangkan seni tari. Latihan diadakan secara terbuka di Dataran Raya Permai tiga kali seminggu pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin. Yuran dikenakan sebanyak RM 5 setiap bulan, tetapi pada tahun ini yuran dimansuhkan atas permintaan ibu bapa yang kurang berkemampuan. Kelab ini mencari dana atau penaja bagi mendapatkan pakaian, aksesori, kos pengangkutan dan selebihnya disumbangkan kepada penari dan tabung kelab. Kelab ini membuat persembahan di majlis rasmi anjuran badan-badan kerajaan atau NGO, majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari

Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari,
PPR Raya Permai Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tel : 017-322 9945 (Puan Suziana Ahmad Noraini)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768