Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN-TARIAN CINA

Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China. Di Malaysia, kebudayaan dan kesenian kaum Cina telah berkembang tanpa sebarang sekatan terutama dari segi seni persembahan. Pelbagai genre kesenian terdapat di Malaysia masih dikekalkan oleh kaum Cina. Tarian-tarian tradisional masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina malah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Umpamanya, Tarian Singa dan Tarian Naga akan sentiasa mendapat permintaan tinggi sekiranya ada program-program yang berkaitan terutama ketika musim perayaan. Selain 2 (dua) tarian itu, kaum Cina di Malaysia juga telah mempopularkan tarian-tarian rakyat seperti Tarian Kipas, Tarian Sapu Tangan, Tarian Tanglung, Tarian Teratai dan Tarian Riben.

Professional Culture Center

Professional Culture Center
Kompleks Maluri,

Taman Maluri 55100 Cheras,

Kuala Lumpur.
Telefon : 03-92855807 (Chan Khan Chien)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768