Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL MENORA

Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari sama seperti Mak Yong, Mek Mulung, Jikey dan lain-lain. Drama tari bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, Menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen Buddha. Ini adalah kerana Menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha. Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan Menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya yang dinamakan 'Peran'. Gabungan Anak-Anak Siam Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur mendominasi aktiviti seni budaya di Segitiga Emas. Pelbagai acara kesenian seperti Menora

En. Epan @ Suwanlerd Pro Poul

Tel : 019-3324919 (En. Epan @ Suwanlerd Pro Poul).

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768