Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

INANG KAYANGAN

Lagu dan tarian ini memang disesuaikan dengan lambang negeri Perlis iaitu Indera Kayangan. Mak Inang Kayangan bererti lagu Mak Inang dari kayangan iaitu berasal dari Perlis. Variasi atau tari ini sama seperti Mak Inang akan tetapi banyak terdapat variasi seperti ayam berlaga iaitu "Manikam" atau menjunamkan tangan ke arah penari perempuan, sehingga penari perempuan tersebut terpaksa menepis tangan penari lelaki. Satu lagi variasi yang menarik ialah penari menggunakan selendang ketika menari, jika penari perempuan sudi menerima selendang yang dihulurkan oleh penari lelaki bererti penari tersebut sudah bersetuju untuk berhubungan dengannya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768