Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TUMBUK KALANG

Masyarakat petani menganggap musim berpesta ialah musim menuai padi. Pada ketika ini mereka bergembira kerana mendapat hasil daripada titik peluh yang telah dicurahkan di sawah ladang selama ini. 

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim menuai padi menjelang tiba para petani mengadakan temasya mengemping padi yang dimeriahkan dengan permainan Tumbuk Kalang. Kerap kali permainan ini diadakan dari satu rumah ke satu rumah dan memakan masa beberapa malam. 

Alat-alat muzik persembahan Tumbuk Kalang ialah caklempong, jidur, gong, alu, rebana dan conga.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-767 6793/763 6308

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768